Masjid Kg. Bukit Payong, Besut

Masjid Kampung Bukit Payong ini adalah salah satu masjid berstatus masjid kerajaan yang terletak di Pekan Bukit Payong Mukim Hulu Besut. Masjid ini dibina pada tahun 1996 dengan kos RM 800,000.00 yang telah disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu di atas tanah kerajaan seluas 2 ekar.

Masjid ini berkeluasan 60’ x 70’ di kawasan seluas 0.8 hektar diatas tanah milik kerajaan dan sebahagiannya milik seorang penduduk tempatan iaitu Encik Bakar bin Osman (ketua kampung) yang kemudiannya telah mewakafkan tapak masjid berkenaan. Pembinaan masjid ini adalah sebagai memenuhi tuntutan kepada pertambahan penduduk kampung terbabit sebagai menggantikan masjid lama yang berukuran 20 x 20 kaki persegi yang dibina dalam tahun 1960 dan 1963 di mana ianya mendapat peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM13,000.00 untuk kerja-kerja pengubahsuaian.

Upacara perasmian telah disempurnakan oleh DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 3 Mei 1999 (Isnin) bersamaan 17 Muharram 1420.

Info dari: emasjid.terengganu.gov.my

Pendermaan kepada Masjid Kg. Bukit Payong ini dibawakan oleh Sujood .

Borang Infaq

RM
+60
RM
powered by